Anda
akan dibantu untuk mencapai lapan kemahiran proses sains asas. Ke semua lapan ini telah
disenaraikan mengikut urutan yang menaik dalam kompleksitinya. Untuk memperoleh kemahiran
ini dengan baik, anda dinasihatkan untuk mengikut aktiviti mengikut urutan. Klik pada
kemahiran untuk menjalankan aktiviti berkaitan.
- Pemerhatian:
proses
pemerhatian melibatkan penggunaan satu atau lebih daripada pancaindera kita dalam persepsi
ciri-ciri sesuatu objek atau sesuatu perkara yang sedang berlaku; pemerhatian boleh dibuat
secara langsung dengan pancaindera atau pun secara tidak langaung melalui peralatan sains
- Pengkelasan: proses pengkelasan melibatkan penyusunan objek atau perkara
yang berlaku mengikut ciri-cirinya
- Menggunakan
nombor: proses ini diperlukan untuk membuat pengukuran atau membuat perbandingan serta
untuk menyusunkan objek
- Berkomunikasi: proses ini melibatkan perpindahan
data; data boleh dipindahkan melalui percakapan, penulisan, graf, rajah, lukisan, peta
atau pun formula; kemahiran seperti menyoal, berbincang, memberi penerangan juga adalah
kemahiran berkomunikai
- Pengukuran:
proses
ini akan menyusunkan objek atau perkara melalui magnitud seperti panjang, luas, isipadu
dan jisim; proses ini melibatkan penggunaan peralatan sains
- Membuat
inferens: proses ini menggunakan logik untuk membuat kesimpulan daripada pemerhatian;
proses ini akan kemukakan penerangan atau sebab untuk sesuatu situasi
- Membuat
ramalan: ramalan adalah berasaskan pemerhatian, pengukuran serta inferens tentang
perhubungan di antara pembolehubah; ramalan adalah spekulasi; ramalan adalah cadangan
apakah yang mungkin berlaku
- Penggunaan
perhubungan ruang-masa: proses ini melibatkan memperihalkan perhubungan spatial objek
dan perubahannya dengan masa; contohnya adalah pergerakan, arah, bentuk dan penyusunan
spatial.
|