[Asas | Integrasi | Pengayaan]

Home


Proses Sains

Membuat Inferens

xscience.jpg (89657 bytes)

Proses ini menggunakan logik untuk membuat kesimpulan daripada pemerhatian; proses ini akan kemukakan penerangan atau sebab untuk sesuatu situasi

AKTIVITI A

Anda dikehendaki menjalankan aktiviti berikut dalam kumpulan masing-masing. Pada akhir aktiviti satu inferens perlu dikemukakan oleh satu kelas dan dihantar kepada webmaster. Kemudian keputusan dapat dibandingkan di antara sekolah.

Setiap kumpulan mesti sediakan radas seperti rajah di bawah:

sains.GIF (3233 bytes)

Perlu mengukur dan pastikan bahawa sudut yang ditunjukkan dalam rajah adalah tepat. Setiap kumpulan kemudian perlu buat pemerhatian dan catatkan apa yang berlaku. Setiap kumpulan perlu mengemukakan inferens tentang apa yang berlaku. Akhirnya kumpulkan keputusan seluruh kelas. Bincang dengan guru anda bagaimana anda boleh berbuat demikian. Hantar keputusan ini kepada guru pakar kami.