[Asas | Integrasi | Pengayaan]

Home


Proses Sains

Perhubungan Ruang-Masa

xscience.jpg (89657 bytes)

Proses ini melibatkan memperihalkan perhubungan spatial objek dan perubahannya dengan masa; contohnya adalah pergerakan, arah, bentuk dan penyususnan spatial.

Aktiviti A

Anda dikehendaki menjalankan aktiviti ini mengikut kumpulan masing-masing. Mula-mula bincang dengan guru anda tentang proses penghadaman yang berlaku dalam mulut anda.

Berasaskan perbincangan anda dengan merujuk kepada tapak web berikut:-

  1. http://www.eb.com/cgi-bin/g?keywords=ptyalin

  2. http://www.mmeade.com/cheat/digestion.html

Kemudian perhatikan jadual di bawah. Jadual menunjukkan keputusan aktiviti enzim amiles liur ke atas kanji. Bincang keputusan yang diberikan dengan guru anda.

Masa/minit

0

5

10

15

20

25

30

Kepekatan kanji yang tinggal (mg)

10

8

5

3

2

1

1

Kepekatan maltosa yang dikesan (mg)

0

0.5

1.0

1.5

2.0

2.5

3.0

Kemudian anda dikehendaki melukis dua graf yang menunjukkan kadar penguraian kanji kepada maltosa dalam mulut.

Daripada bentuk graf yang didapati, apakah anda boleh katakan tentang kadar tindak balas enzim amiles liur?

Bersama-sama dengan guru perhatikan semua graf yang dilukis oleh semua kumpulan. Kemudian satu salinan kedua-dua graf perlu dihantar kepada guru pakar kami.