[Asas | Integrasi | Pengayaan]

Home


Proses Sains

Pengukuran

xscience.jpg (89657 bytes)

Proses ini akan menyusunkan objek atau perkara melalui magnitud seperti panjang, luas, isipadu dan jisim. Proses ini melibatkan penggunaan peralatan sains.

AKTIVITI A

Anda dikehendaki menjalankan aktiviti berikut dalam kumpulan masing-masing. Pada akhir aktiviti satu keputusan purata untuk satu kelas mesti diperolehi dan dihantar kepada  guru pakar kami. Kemudian keputusan dapat dibandingkan di antara sekolah.

Setiap kumpulan mesti rendam 5 biji kacang hijau semalaman. Kemudian letak kapas basah dalam sesuatu lima piring petri. Label piring petri 1 hingga 5. Letakkan satu biji ke dalam satu piring petri. Pastikan semua piring petri menerima cahaya yang mencukupi. Anda boleh mendapat sedikit maklumat tambahan tentang biji benih dan percambahan dari tapak web di bawah.

http://koning.ecsu.ctstateu.edu/Plants_Human/seedgerm.html

Buat pemerhatian setiap hari. Pastikan kapas adalah sentiasa basah. Sediakan satu jadual keputusan. Ukur pemanjangan radikel dan plumul setiap hari dan mula mengisi jadual selama sepuluh hari. Kira juga bilangan daun yang tumbuh.

Pada akhir hari ke sepuluh setiap kumpulan perlu melukis tiga graf daripada jadual keputusan iaitu pemanjangan radikel dengan masa, pemanjangan plumul dengan masa dan penambahan bilangan daun dengan masa. Bincang dengan guru anda sebelum lukis.

Akhirnya kumpulkan keputusan seluruh kelas. Kira purata pemanjangan radikel, plumul dan penambahan daun pokok kacang hijau. Bincang dengan guru anda bagaimana anda boleh berbuat demikian. Lukis tiga graf untuk menunjukkan keputusan purata kelas. Hantar keputusan ini kepada guru pakar kami.