Ramalan adalah berasaskan
pemerhatian, pengukuran serta inferens tentang perhubungan di antara pembolehubah; Ramalan
adalah spekulasi; Ramalan adalah cadangan apakah yang mungkin berlaku.AKTIVITI A
Anda dikehendaki menjalankan aktiviti
berikut dalam kumpulan masing-masing. Pada akhir aktiviti satu ramalan perlu dikemukakan
oleh satu kelas dan dihantar kepada guru pakar kami.. Kemudian
keputusan dapat dibandingkan di antara sekolah.
- Mula-mula anda dikehendaki menerokai tapak web
berikut:-
http://www.gene.com/ae/AB/BC/Gregor_Mendel.html
http://encarta.msn.com/index/concise/0vol16/02a8a000.asp
- Kemudian bincang dengan guru tentang Hukum Mendel I
dan II. Anda boleh seterusnya menerokai tapak web berikut:-
http://www.netspace.org/MendelWeb/
- Cuba beberapa soalan dalam tap web ini:-
http://www.ben2.ucla.edu/~vpalchev/chapter1.htm
http://www.ben2.ucla.edu/~vpalchev/chapter2.htm
- Bincangan jawapan anda dengan guru anda.
- Akhirnya cuba ramalkan yang berikut:-
- Thallassaemia adalah penyakit dengan hemoglobin tidak
normal. Penyakit ini melibatkan satu pasangan alel sahaja. Sepasang suami isteri dengan
hemoglobin normal mempunyai tiga orang anak. Anak yang ketiga mengidap Thallassaemia,
tetapi dua anak yang lain adalah normal. Kalau mereka mempunyai anak yang keempat,
ramalkan peluang anak ini mengidap penyakit.
- Seorang lelaki mempunyai kumpulan darah AB. Dia
berkahwin dengan seorang perempuan yang jenis darahnya ialah O. Ramalkan kemungkinan jenis
darah anak-anak mereka.
|