[Asas | Integrasi | Pengayaan]

Home


KEMAHIRAN PROSES SAINS INTEGRASI

INTERPRETASI DATA

[SAINS]

Kemahiran kompleks ini melibatkan proses ramalan dan membuat inferens daripada satu set data.

 

AKTIVITI A

Mula-mula anda dikehendaki menerokai tapak web berikut. Bincangkan kandungan tapak web ini dengan guru masing-masing.

http://encarta.msn.com/index/concise/
0vol1F/03c78000.asp

http://www.isdnet.com/pageud/schools/
pagehigh/burrow/acids/sld001.htm

Kemudian sila menjalankan aktiviti berikut sebagai satu kelas. Sediakan DUA tabung didih dengan 5ml larutan sabun, DUA tabung didih dengan 5 ml larutan jus limau, DUA tabung didih dengan 5 ml air hujan, DUA tabung didih 5 ml air paip, DUA tabung didih 5ml putih telur, DUA tabung didih 5ml minuman ‘fizzy’ dan DUA tabung didih 5ml air suling. Pastikan anda label tabung didih dengan betul dan tepat.

Anda dikehendaki menjalankan dua ujian berikut ke atas tujuh jenis larutan tersebut di atas.

  1. Gunakan kertas pH dan carta pH untuk menguji pH setiap satu tujuh larutan itu. Catatkan keputusan dalam jadual keputusan berikut. Hantar keputusan satu kelas kepada guru pakar kami.

Bahan

sabun

Jus limau

Air hujan

Air paip

Putih telur

Air ‘fizzy’

Air suling

pH

             
  1. Sediakan satu litar seperti dalam rajah A di bawah. Kemudian uji semua larutan tersebut di atas satu demi satu, untuk mendapat tahu sama ada larutan itu dapat mengkonduksikan aliran elektrik. Sediakan satu jadual seperti di atas dan menulis keputusan anda. Bincang dengan guru dan memberi interprestasi untuk aktiviti ini sebagai satu kelas kepada guru pakar kami.

[RAJAH 2]