[Asas | Integrasi | Pengayaan]

Home


KEMAHIRAN PROSES SAINS INTEGRASI

Definisi operational

xscience.jpg (89657 bytes)

Definisi ini melibatkan pernyataan tentang apakah yang dibuat dan apakah yang diperhatikan; kemahiran ini melibatkan proses pemerhatian, berkomunikasi, serta pengkelasan.

AKTIVITI A

Mula-mula anda dikehendaki menerokai tapak web berikut. Tapak web berikut adalah mengenai ujian-ujian makanan. Bincangkan kandungan tapak web ini dengan guru masing-masing.

Ujian kanji:

http://www.gov.on.ca/OMAFRA/english/crops/facts/88-090.htm

Ujian gula penurun:

http://kauai.cudenver.edu:3010/0/nutrition.dir/carbint.html

Ujian Biuret:

http://144.118.44.112/biology/ebe/ebe3/biuret

Ujian lemak:

http://members.pgonline.com/~bryand/dyes/26100.htm

Kemudian sila menjalankan aktiviti berikut sebagai satu kelas. Sediakan satu tabung didih dengan 5ml larutan kanji, satu tabung didih dengan 5 ml larutan putih telur, satu tabung didih dengan 5 ml larutan glukosa, satu tabung didih 5 ml minyak masak. Pastikan anda label tabung didih dengan betul dan tepat.

Anda dikehendaki menjalankan empat ujian berikut ke atas empat jenis larutan tersebut di atas. Catatkan keputusan dalam jadual. Kemudian anda dikehendaki memberi operasi definisi untuk kanji, glukosa, protein dan lemak. Contoh operasi definisi untuk kanji telah diberikan.

Bahan / Ujian

Larutan kanji

Larutan putih telur

Larutan glukosa

Minyak masak

Iodin

 

 

 

 

Biuret

 

 

 

 

Gula penurun

 

 

 

 

Sudan III

 

 

 

 

Contoh:

Satu bahan adalah kanji sekiranya ia menukar warna dari putih kepada warna biru tua apabila iodin ditambah.

Lengkapkan operasi definisi untuk gula penurun, protein dan lemak, dan hantar jawapan satu kelas kepada guru pakar kami.