[Asas | Integrasi | Pengayaan]

Home


KEMAHIRAN PROSES SAINS INTEGRASI

Pengawalan Pembolehubah

xscience.jpg (89657 bytes)

Pengawalan pembolehubah melibatkan pengendalian faktor-faktor atau pembolehubah yang terlibat dalam satu eksperimen.

AKTIVITI A

Sila menerokai dua tapak web berikut:-

http://pc65.frontier.osrhe.edu/hs/science/cequal.htm

http://pc65.frontier.osrhe.edu/hs/science/prate.htm

Bincang dengan guru anda. Sebut satu perkara yang anda faham daripada tapak web di atas.

http://www.chem.uidaho.edu/~honors/rate2.html

Bincang dengan guru anda. Sebut satu perkara yang anda faham daripada tapak web di atas.

Kemudian sila menjalankan aktiviti berikut mengikut kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan perlu sediakan satu kelalang kon 100 cm3, satu selinder penyukat 10cm3, satu selinder penyukat 100 cm3, jam randik, kertas putih, asid HCl (hidroklorik) 2M dan larutan natrium tiosulfat (40gl-1).

Sediakan pangkah di atas kertas putih seperti yang ditunjukkan.

X

Ukur 30 cm3 larutan natirum tiosulfat dan campurkan dengan 20cm3 air dalam kelalang kon. Masukkan 5 cm3 asid HCl ke dalam kelalang kon dan mulakan jam randik. Kacau isi kelalang dan letak di atas kertas putih. Perhatikan pangkah X sehingga ia tidak dapat dilihat. Hentikan jam randik. Catatkan masa.

Sekirannya kepekatan larutan natirum tiosulfat digunakan adalah 10 cm3, 20 cm3, 40cm3 dan 50cm3, apakah ramalan anda tentang keputusan anda? Apakah anda perlu pastikan tentang isipadu campuran dalam kelalang kon, untuk setiap satu sebelum penambahan asid HCL?

Bincang dengan guru dahulu. Kemudian menjalankan ujikaji. Kemudian isi jadual di bawah dan hantar satu set jawapan kepada guru pakar kami.

Isipadu natrium tiosulfat

10cm3

20cm3

30cm3

40cm3

50cm3

Masa